IBADAH
BERKUALITI AKHLAK TERPUJI
(itulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan.) Sebelum saya mengupas lebih lanjut tajuk syarahan
saya, izinkan saya mendefinisikan satu persatu istilah tajuk syarahan saya.
“Ibadat”
bererti taat serta tunduk dan meyerah diri sepenuhnya kepada Allah swt.
“Kualiti: diertikan sebagai
kecemerlangan, keunggulan, ketinggian nilai dan mutu.
Manakala “Akhlak terpuji” (akhlaqul
karimah) ialah segala tingkah laku terpuji yang merupakan tanda
kesempurnaan iman seseorang kepada Allah SWT
Kesimpulannya Ibadah
berkualiti akhlak terpuji bermaksud Ibadah atau mengabdikan
diri kepada Allah swt, dengan sesempurnanya
melahirkan suatu natijah penyempurnaan
pembentukan jati diri insan menjamin
kebahagiaan dan pahala di sisi Allah swt.
_______________________________________________________________________________________
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Hujah saya yang pertama ialah ibadah berkualiti
melahirkan insan yang cemerlang
Firman Allah dalam Surah az-Zariyat:
ayat 56
yang bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Dalam hubungan ini, segala gerak kerja manusia dihitung sebagai ibadat
jika didahului dengan niat yang ikhlas kepada Allah bagi mendapat keredaan-Nya. Bermula dengan mempunyai niat yang ikhlas
yang menjadikan seluruh gerak kerja sebagai ibadat, maka akan lahirlah modal insan yang bertanggungjawab, amanah dalam melaksanakan
fungsinya serta tekun beribadat kepada Allah.
Kecemerlangan insan boleh dicontohi melalui keperibadian unggul Nabi
Muhammad SAW seperti Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 21
yang bermaksud: Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan
Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak
mengingati Allah.
Di sini jelaslah ibadah yang ikhlas melahirkan modal insan yang
cemerlang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah.
_______________________________________________________________________
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Hujah saya yang kedua ialah ibadah berkualiti
membentuk aqidah yang mantap
Aqidah yang mantap merupakan kepercayaan yang kukuh
terhadap kekuasaan Allah S.W.T. serta menolak segala fahaman atau ideologi
lain. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 24 :
Maksudnya : Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan
satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang
baik, yang akar tunjangnya tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke
langit.
Seseorang
yang memiliki aqidah yang mantap walau apapun cabarannya, dia tetap teguh dan
kukuh tanpa mudah terpengaruh. Kisah Bilal bin Rabah yang terus menyebut
Ahad«Ahad«Ahad«´ tatkala diseksa berulang kali menjadi bukti kekentalan aqidah
beliau. Tegasnya ibadah yang berkualiti membentuk aqidah yang mantap.
_____________________________________________________________________________________
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Hujah saya yang ketiga ialah ibadah berkualiti
melahirkan muslim yang adil dan beramanah
Melalui sifat-sifat
terpuji yang dimiliki, individu muslim akan senantiasa berlaku adil dan
beramanah sesama umat manusia. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 90 :
Maksudnya : Sesungguhnya
Allah memerintahkan kamu berbuat keadilan dan kebaikan.
Peribadi Saidina Umar bin al-Khattab
harus dicontohi. Beliau sanggup membuat rondaan pada waktu malam semata-mata
untuk menyiasat kehidupan rakyatnya dan memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Pada hari ini, kerajaan Malaysia sendiri amat menitik beratkan soal adil dan
amanah sekaligus menerapkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah dalam pentadbiran
kerajaan. Pemberian BRIM juga contoh yang jelas tentang konsep adil yang ingin
diterapkan oleh kerajaan.
_______________________________________________________________________________________
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Hujah saya yang keempat ialah ibadah berkualiti
menghasilkan pekerjaan yang berkualiti (itqaan)
Pekerjaan yang berkualiti ialah pekerjaan yang dikawal selia
oleh Allah pada setiap tingkat usaha. Hakikat
ini dikenali sebagai pencapaian cemerlang iaitu “Ihsaan ”. Golongan ini
dikenali sebagai Muhsineen billah.
Rasulullah saw pernah mengungkapkan kata ‘Ihsan’ tersebut
dengan sabda baginda:
« يَرَاكَ فَإِنَّهُ تَرَاهُ، تَكُنْ لَمْ فَإِنْ تَرَاهُ كَأَنَّكَ اللهَ تَعْبُدَ أَنْ قَالَ: الْإِحْسَانُ؟ مَا : قَالَ
“Ihsan itu ialah bahawa kamu mengabdikan diri kepada Allah
swt seakan-akan kamu melihat Allah swt (di dalam pekerjaan kamu), dan sekiranya
tidak demikian, yakinlah bahawa Allah swt sentiasa memantau dan melihat amalan
dan tindakan kamu.”
Oleh kerana urusan ibadah di dalam Islam merangkumi ibadah
khusus dan ibadah umum, maka impak ibadah-ibadah tersebut menghasilkan
kesempurnaan amal dan kualiti amal di dalam solat, zakat, puasa, haji, korban
dan sebagainya. Begitu jugalah dengan kesempurnaan amalan duniawi yang telah
dicorakkan oleh Islam dalam skema pengabdian diri kepada Allah swt, tentulah
cemerlang prestasinya seperti berkerja di pejabat, pertanian, perusahaan,
pendidikan, pembangunan ekonomi, pemerintahan dan berbagai lagi usaha memajukan
kehidupan duniawi insan di dalam acuan amalan soleh.
______________________________________________________________________________
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Hujah saya yang kelima ialah ibadah berkualiti
melahirkan masyarakat yang produktif
Masyarakat Produktif dalam Islam ialah masyarakat yang
terhindar dari perangkap konsep produktiviti dan kemajuan materialistik barat
yang tidak berpenghujung, dipenuhi tamak haloba, kikir, perebutan kekayaan,
persaingan antarabangsa, rakus dan memperhambakan manusia yang akan membawa
banyak krisis kemanusiaan dan ketamadunan.
Firman Allah swt dalam surah al-Nahl: ayat 30
yang bermaksud : Dan ditanya pula kepada orang-orang yang
bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka
menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini
beroleh balasan yang baik,
Orang bertaqwa adalah golongan
yang cermat melaksanakan perintah Allah swt dan menjauhi larangan serta
kemurkaan Allah swt. Oleh kerana itulah jika sekiranya dibuat pemeriksaan
terhadap tingkah laku dan pekerjaan golongan muttaqin ini, sudah semestinya
amalan mereka bermutu tinggi, bebas dari curi tulang, berjihad untuk mencapai
kecemerlangan dan bermati-matian mendapatkan pengiktirafan hakiki dari Allah
swt
Inilah jawapan manifestasi jihad generasi awal (al-sabiquun al-awwaluun) yang menguasai
ilmu, beramal dan berjuang serta berusaha tanpa mengenal jemu untuk menegakkan
suruhan agama Allah swt di dalam setiap sektor penghidupan. Maka tidak hairan
mengapa umat Islam mampu memimpin peradaban manusia selama tidak kurang dari
900 tahun, di dalam bidang ilmu pengetahuan dan ketamadunan manusia sebelum
diambil alih oleh Tamadun Barat.
Kesannya, negara Islam itu layak diberikan anugerah “baldatun
tayyibatun, wa rabbun ghafuur” – Negara yang sejahtera dan Tuhan maha pengampun
kepada warganya. Inilah jawapan kepada peningkatan hasil produktiviti dan
keutuhan ekonomi umat Islam yang beribadah kepada Allah swt.
_______________________________________________________________________
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Sebagai Rumusannya,
Kehidupan beribadah di dalam Islam mampu
memberikan situasi yang positif kepada diri dan kehidupan individu insan,
kepada kehidupan bermasyarakat dan bernegara serta dalam usaha membina
peradaban dan ketamadunan manusia di muka bumi. Ditegaskan sekali lagi bahawa
impak ibadah di dalam Islam itu boleh mengubah tamadun manusia. Inilah kesan agung Islam sebagai
al-Din ke atas manusia. Ibadah berkualiti akhlak terpuji.
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu
alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment